2.
Kisar halus serai, bawang kecil, lengkuas, cili kering, halia dan 100g santan.
3.
Panaskan minyak dalam kuali atas api sederhana. Tumis pes rempah selama 8 minit sehingga kering dan warnanya bertukar gelap. Masukkan kelapa parut, sos ikan, dan baki santan.
4.
Di dalam pinggan yang lain, campurkan serbuk kari, serbuk jintan manis, serbuk ketumbar dan serbuk jintan putih dengan garam. Perap ayam dengan serbuk rempah dan pes rempah dan simpan di dalam peti ais.
5.
Selepas 2 jam, keluarkan dan biarkan selama 30 minit di bawah suhu bilik. Panaskan ketuhar ke suhu 200C. Panggang ayam selama 25 minit.
6.
Setelah ayam masak, biarkan sejuk selama 15 minit sebelum memotong.
8.
Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit, halia dan air.
9.
Panaskan minyak didalam kuali di atas api sederhana dan masukkan pes rempah. Tumis selama 10 minit sehingga kering. Tambah sos ikan. Ketepikan ke dalam mangkuk yang kering dan bersih.
10.
Di dalam mangkuk kering yang lain, masukkan ½ sudu teh garam dan timun. Gaul dan biarkan selama 10 minit. Buang air yang terkeluar kemudian bilas timun.
11.
Panaskan 1 sudu besar minyak didalam kuali dan masukkan timun, kacang panjang, kobis, zukini kuning, dan tomato ceri. Tumis selama 5 minit. Masukkan pes rempah dan tumis selama 10 minit.
12.
Setelah selesai, masukkan garam dan cuka dan gaul. Pindahkan ke dalam bekas kedap udara. Acar boleh disimpan selama seminggu. Taburkan kacang tanah dan bijan semasa menghidang.