Hidangan Utama
Vegetarian/Vegan
cina
Buddha's Delight (Lo Hon Jai)
6
45 min
Hidangan vegetarian ini biasanya dihidangkan semasa Tahun Baru Cina.
Ramuan
  • 200 gram kubis Napa
  • 200 gram brokoli
  • 200 gram kubis bunga
  • 100 gram kacang manis (snow peas)
  • 30 gram shiitake/cendawan Cina kering bersaiz kecil
  • 100 gram batang kulit tauhu kering (fu chuk)
  • 15 gram cendawan hitam kering, saiz kecil
  • 2 ulas besar bawang putih (kisar halus)
  • 3 kiub jeruk tauhu merah (nam yue)
  • 1 - 2 sudu besar minyak masak (seperti minyak zaitun)
  • 1 sudu besar minyak bijan tulen
  • 1 sudu kecil kicap rendah garam
  • 2 sudu besar sos kicap vegetarian (cendawan)
  • Secubit lada putih
Peralatan dapur yang diperlukan
  • Perkara A
  • Perkara B
  • Perkara C
Cara penyediaan
1.
Basuh cendawan kering, rendam dalam 2 cawan air sejuk selama ½ jam untuk membentuk semula. Perah lebihan air dari cendawan dan ketepikan air
2.
Basuh cendawan hitam, rendamkan. Buang air rendaman apabila telah lembut.
3.
Rendam batang fu chuk. Potong kepada jalur 1½ inci apabila telah lembut.
4.
Basuh semua sayur-sayuran. Potong kubis Napa kepada kepingan 1 inci. Potong kubis bunga & brokoli kepada kira-kira 1.5" x 1.5"
5.
Panaskan kuali atas api sederhana untuk lebih kurang 1 minit. Panaskan minyak untuk lebih kurang 30 saat. Masukkan tauhu jeruk merah dan pecahkan dengan spatula.
6.
Masukkan bawang putih, cendawan, dan fu chuk. Tumis atas api sederhana kira-kira 1 minit
7.
Masukkan air rendaman cendawan kering/shiitake, minyak bijan, kicap cair, sos kicap vegeatrian dan didihkan. Tutup kuali dan reneh atas api perlahan untuk 30 minit
8.
Tambah baki sayur-sayuran. Jika perlu, tambahkan air untuk memastikan sayur-sayuran direndam sekurang-kurangnya separuh dalam sos. Tambah lada putih secukup rasa. Reneh atas api perlahan 7-10 minit lagi. Pastikan sayur tidak terlebih masak.
9.
Tutup api dan sedia dihidang!
10.
11.
12.
Tip
Resipi asal turut menggunakan rebung, sengkuang cina, akar teratai dan kacang ginkgo.
Tip berjimat
Mesra Halal
Mesra Kosher
Abbi
Ketua Chef