Sajian kecil
Vegetarian/Vegan
Sajian Antarabangsa
Kubis Panggang dengan Sos Pesto Kale
6-8
15 min
Selepas menikmati hidangan dan menyukainya, saya terus cuba cipta versi sendiri di rumah dan amat gembira dengan hasilnya!
Ramuan
  • 1 kubis panjang 
  • 2 sudu besar mentega bergaram
     

Untuk sos pesto kale  

  • 2 cawan kale, tangkai keras dibuang  
  • 2 sudu besar parutan keju parmesan (atau keju parmesan vegan)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/4 cawan kacang pain (atau gajus)  
  • Jus daripada 1 lemon 
  • 1/2 cawan minyak zaitun  
Peralatan dapur yang diperlukan
  • Perkara A
  • Perkara B
  • Perkara C
Cara penyediaan
1.
Untuk sos pesto, masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar perlahan-lahan sehingga anda capai kepekatan sos yang diingini mengikut cita rasa anda.
2.
Potong kubis secara memanjang, kira-kira 8 keping.
3.
Dalam kuali besar di atas api sederhana, cairkan mentega dan reneh sehingga mula perang.
4.
Masukkan kepingan kubis dan masak hingga hangus sedikit dan lembut, kemudian terbalikan dan masak sebelah lagi. Ini akan ambil masa kira-kira 5 minit setiap sisi.
5.
Hidangkan kubis dengan sos pesto. Sos pesto lebihan boleh disimpan untuk hidangan lain.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
Tip
Tip berjimat
  • Tukar kacang pain dengan jenis kacang lain mengikut kemampuan
Mesra Halal
Mesra Kosher
Abbi
Ketua Chef