Hidangan Utama
Ayam/Burung ternakan
Sajian Antarabangsa
Ayam Panggang Berkeju
3
40 min
Saya sangat suka rasa keju di bahagian atas hidangan ini. Pangganglah dengan kuinoa untuk kelainan, berbanding nasi.
Ramuan
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 2 zukini, dipotong kecil
  • Garam dan lada hitam
  • 1 biji bawang besar, potong dadu  
  • 2 ulas bawang putih, dikisar
  • 3 dada ayam, potong kepada ketulan
  • 1 sudu besar mentega 
  • 1/2 cawan quinoa  
  • 250ml pati ayam 
  • 1 sudu besar daun oregano  
  • 1 sudu kecil serbuk cili kasar (pilihan) 
     
  • 3 genggam besar daun bayam  
  • 3/4 cawan parutan keju cheddar  
Peralatan dapur yang diperlukan
  • Perkara A
  • Perkara B
  • Perkara C
Cara penyediaan
1.
Panaskan ketuhar hingga 200c.
2.
Panaskan 1 sudu besar minyak zaitun dalam kuali di atas api sederhana tinggi. Masukkan zukini dan masak sehingga perang dan lembut, kira-kira 6 minit.
3.
Keluarkan dan letak di tepi
4.
Masukkan bawang merah dalam kuali, dikacau kerap untuk elak melekat. Masak sehingga lutsinar dan lembut, kira-kira 3 minit.
5.
Masukkan bawang putih dan masak selama lebih kurang satu minit.
6.
Gaulkan ayam anda dengan garam dan lada hitam, dan kemudian masukkan ke dalam kuali bersama bawang merah dan putih tadi. Masak sehinggamula perang, kira-kira 3 minit (separa masak).
7.
Masukkan mentega, dan apabila cair, masukkan kinoa dan kacau sehingga disaluti mentega.
8.
Kemudian masukkan pati ayam, daun oregano dan serbuk cili kasar. Kacau hingga sebati dan pastikan semua kinoa kelihatan lembap.
9.
Didihkan dan kemudian kecilkan kepada api sederhana dan terus reneh selama kira-kira 15 minit lagi.
10.
Gaulkan zukini dan bayam, dan kemudian taburkan keju di atas.
11.
Panggang dalam ketuhar selama kira-kira 10 minit.
12.
Tip
Tip berjimat
Mesra Halal
Abbi
Ketua Chef