salad
Ayam/Burung ternakan
Sajian Antarabangsa
Salad Ayam, Bakon dan Telur
4
10 minit +
Salad kegemaran saya semasa di Los Angeles.
Ramuan
  • 3 cawan kale, buang tangkai dan cincang 
  • 3 cawan daun salad Romaine, dicincang  
  • 1/4 cawan bakon, dipecahkan (Pelbagai jenis bakon boleh digunakan seperti daging ayam belanda/daging lembu/daging kambing)
  • 3 biji telur, rebus separuh masak (kira-kira 5 minit) dan dibelah empat
  • 2 cawan daging ayam panggang, dicincang  
  • 1/2 cawan keju cheddar parut  
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 3 sudu besar cuka champagne atau cuka balsamic putih (atau mana-mana pilihan anda untuk rasa asidik)
  • 1 sudu kecil sos mustard Dijon (atau sos mustard pilihan) 
  • Garam dan lada sulah secukup rasa 

Peralatan dapur yang diperlukan
  • Perkara A
  • Perkara B
  • Perkara C
Cara penyediaan
1.
Gaul kale dengan 1/2 sudu besar minyak zaitun dan sedikit garam sehingga lembut
2.
Campurkan kale bersama salad Romaine, bakon, telur, daging ayam dan keju.
3.
Campurkan minyak zaitun, cuka dan sos mustard. Perasakan mengikut cita rasa.
4.
Tuangkan sos ke atas salad dan gaul hingga sebati.
5.
Perasakan salad dengan garam dan lada hitam, secukup rasa
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
Tip
Tip berjimat
Mesra Halal
Abbi
Ketua Chef