Hidangan Utama
Makanan laut
Mediterranean
Ikan Kod direneh dalam Sos Tomato
4
25 minit
Satu lagi resipi menggunakan satu periuk sahaja yang mudah dan sihat. Hidangan ini telah menjadi kegemaran keluarga saya!
Ramuan
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1 biji bawang besar, potong dadu
  • 3 ulas bawang putih, dikisar  
  • 1 lada benggala, potong dadu  
  • 1 zukini, potong dadu
  • 2 tin tomato 
  • 1/4 sudu teh “chilli flakes” 
  • 1/2 sudu teh herba campuran  
  • Garam dan lada sulah secukup rasa 
  • 4 fillet ikan kod
  • Beberapa genggam daun bayam  

Peralatan dapur yang diperlukan
  • Perkara A
  • Perkara B
  • Perkara C
Cara penyediaan
1.
Panaskan minyak zaitun dalam kuali besar di atas api sederhana rendah.
2.
Setelah panas, masukkan bawang merah dan tumis sehingga lembut (kira-kira 7 minit).
3.
Masukkan bawang putih dan tumis beberapa minit sehingga naik bau.
4.
Masukkan lada benggala dan zukini, dan besarkan api kepada sederhana. Kacau sekali-sekala untuk beberapa minit lagi.
5.
Masukkan tomato, chilli flakes, herba campuran, garam dan lada hitam secukup rasa. Didihkan dan kemudian kecilkan api untuk mereneh.
6.
Keringkan permukaan kepingan ikan dan perasakan dengan garam.
7.
Masukkan kepingan ikan ke dalam sos tomato. Pastikan sekurang-kurangnya separuh ketebalan ikan didalam sos.
8.
Tutup kuali dan reneh selama kira-kira 10 minit, sehingga ikan masak.
9.
Buka penutup, dan masukkan daun bayam. Masak hingga lembut.
10.
Hidangkan ikan bersama sos dan sayur.
11.
12.
Tip
Gunakan sayur kegemaran anda!
Tip berjimat
  • Ikan dan sayur-sayuran sejukbeku juga boleh digunakan
Mesra Halal
Mesra Kosher
Abbi
Ketua Chef