2.
Parut timun ke dalam mangkuk. Masukkan garam dan kemudian biar selama 2-3 minit. Guna tangan atau kain tipis untuk perah timun dan keluarkan air berlebihan. Gaul ramuan lain dengan timun yang dikeringkan sehingga sebati
4.
Panaskan ketuhar kepada 180c
5.
Potong lada benggala kira-kira 2 cm daripada tangkai. Asingkan bahagian atas yang bertangkai. Guna tangan atau sudu untuk keluarkan biji dan kepingan putih dari dalam lada benggala. Lumur garam dan lada hitam di bahagian dalam lada benggala.
6.
Dalam mangkuk, masukkan kinoa, tomato, parsli, bawang putih, minyak zaitun, garam dan lada hitam dan gaulkan. Penuhkan setiap lada benggala dengan campuran ramuan ini sampai melepasi sedikit bahagian atas dan tutup kembali dengan tangkai yang diasing tadi.
7.
Letakkan lada benggala sumbat dengan rapat ke dalam loyang yang dalam. Tuangkan pati ke dasar loyang, dan masukkan ke dalam ketuhar selama 1 jam. Jika bahagian atas lada benggala mula garing, letakkan kerajang aluminium di atasnya. Periksa selepas 1 jam, dan kembalikan ke ketuhar jika perlu.