Hidangan Utama
Makanan laut
India
Kari Ikan India
4
30 minit
Kari ikan memang popular di kebanyakkan negara Asia. Rasa yang tersendiri lahir daripada kebiasaan setempat.
Ramuan
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 500g Isi Ikan Putih, dipotong kepada ketulan besar (Ikan Cod/Tilapia/Haddock)
  • 250g tomato, potong dadu
  • 250ml Air
  • 1 Bawang merah Sederhana, dicincang halus
  • 2 Ulas Bawang Putih, dihiris
  • 1 sudu teh Halia, diparut
  • 1 sudu teh Serbuk Kunyit
  • 1 sudu teh Serbuk Cili Merah
  • 1 sudu teh Ketumbar Kisar
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1⁄2 sudu teh biji halba
  • 1⁄2 sudu teh Jus Lemon
  • Garam, secukup rasa
Peralatan dapur yang diperlukan
  • Perkara A
  • Perkara B
  • Perkara C
Cara penyediaan
1.
Panaskan minyak dalam kuali di atas api sederhana.
2.
Masukkan halba dan tumis sehingga naik bau (1-2 minit)
3.
Tumis bawang merah sehingga perang keemasan
4.
Masukkan halia dan bawang putih, tumis sehingga naik bau (1-2 min)
5.
Masukkan serbuk jintan putih, serbuk cili merah, serbuk kunyit dan ketumbar kisar. Tumis kira-kira 2 minit.
6.
Masukkan tomato dan reneh sehingga berkuah.
7.
Tuangkan air dan renehkan lagi selama 5-7 minit.
8.
Masukkan ikan dan kacau. Tutup dan reneh 10 minit sehingga ikan masak dengan sempurna.
9.
Tambahkan jus lemon dan garam secukup rasa sebelum dihidangkan.
10.
11.
12.
Tip
Untuk lebihan kari: Setelah kari ikan sejuk sepenuhnya, pindahkan ke bekas kedap udara sebelum disimpan dalam peti sejuk. Untuk mengekalkan keenakan rasa, simpan kari untuk 2-3 hari sahaja.
Tip berjimat
Mesra Halal
Mesra Kosher
Abbi
Ketua Chef