Hidangan Utama
Ayam/Burung ternakan
Malaysia
Kari Kapitan
2
40 min
Perkataan "Kapitan" merujuk kepada Kapten. Diceritakan bahawa kari ayam Kapitan disediakan oleh tukang masak untuk dihidangkan kepada Kapitan semasa penjajahan Barat di Malaysia, maka dinamakan kari Kapitan. Kari Kapitan mempunyai kuah yang lebih pekat berbanding masakan kari yang lain.
Ramuan
  • 2 peha ayam whole leg, dibuang kulit
  • 2 keping Cili kering (lebihkan jika gemar rasa pedas)
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 bawang merah , dikupas
  • 1 inci halia, dikupas
  • ½ inci lengkuas, dikupas
  • 2 tangkai serai (dibuang bahagian tangkai atas)
  • 2 biji buah keras/buah kemiri
  • ¼ cawan air
  • 1 cawan santan
  • 3 sudu besar jus asam jawa (atau jus limau nipis)
  • 3 keping daun limau purut
  • 1 sudu besar Kunyit
  • Garam 1 sudu besar


Peralatan dapur yang diperlukan
  • Perkara A
  • Perkara B
  • Perkara C
Cara penyediaan
1.
Perap ayam dengan 1 sudu besar serbuk kunyit dan 1 sudu besar garam. Ketepikan.
2.
Kisar cili, bawang putih, bawang merah, halia, galangal, serai, buah keras/buah kemiri dan air sehingga halus.
3.
Masukkan bahan dikisar ke dalam periuk dengan api sederhana. Kerap kacau.
4.
Masukkan santan dan kacau hingga sebati. Renehkan,
5.
Masukkan ayam, air asam jawa dan daun limau purut.
6.
Reneh atas api kecil selama 25 minit.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
Tip
Buah keras/buah kemiri boleh digantikan dengan kacang macadamia atau diabaikan mengikut cita rasa anda.
Tip berjimat
Mesra Halal
Mesra Kosher
Abbi
Ketua Chef