Hidangan Utama
Ayam/Burung ternakan
Sajian Antarabangsa
Ayam dengan Quinoa dan Keju Feta Satu Hidangan
4
30 min
Saya suka hidangan yang hanya memerlukan satu kuali kerana saya dapat menjimatkan masa mengemas dapur!
Ramuan
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 8 ketul paha ayam (bersama tulang dan kulit)  
  • Garam dan lada hitam 
  • 6 biji bawang merah, dipotong kepada ketulan  
  • 2 biji zukini, dipotong kepada ketulan  
  • 250g kacang manis 
  • 1.5 cawan Quinoa

     
  • Lebih kurang 400ml pati ayam 
  • 2 tangkai oregano dan thyme (pilihan atau gunakan herba kering)
  • 1 biji lemon
  • 4 sudu besar keju feta
Peralatan dapur yang diperlukan
  • Perkara A
  • Perkara B
  • Perkara C
Cara penyediaan
1.
Panaskan kuali besar di atas api sederhana tinggi dan tuangkan minyak
2.
Perasakan ayam dengan garam dan lada hitam
3.
Setelah minyak panas, masukkan ayam, bahagian kulit menghadap kuali, dan masak selama kira-kira 6-8 minit sehingga berwarna keperangan
4.
Terbalikkan ayam dan masak selama lebih kurang 3 minit lagi
5.
Keluarkan ayam dan ketepikan atas pinggan dan tinggalkan minyak dalam kuali
6.
Perlahankan api kepada sederhana dan masukkan bawang merah. Tumis selama kira-kira 3 minit
7.
Masukkan zukini, kacau dan masak selama 2 minit lagi
8.
Masukkan quinoa, pati ayam dan kacang manis. Kacau hingga sebati dan pastikan quinoa terendam semuanya
9.
Letakkan ayam di atas bahan-bahan dalam kuali dengan bahagian kulit menghadap ke atas
10.
Tambah beberapa tangkai oregano dan thyme. Tutup kuali dan reneh selama kira-kira 10-15 minit
11.
Perahkan jus lemon di atas dan taburkan sedikit keju feta
12.
Tip
Tip berjimat
Mesra Halal
Abbi
Ketua Chef