Manisan
Vegetarian/Vegan
Malaysia
Kek Pandan
4
35 min
Kek ringan, gebu dan berangin yang diperbuat daripada jus Pandan, Marjerin, tepung dan telur - makanan ruji di kalangan rakyat Malaysia.
Ramuan
  • 3 kuning telur
  • 55g tepung badam
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 50g santan
  • 5 sudu besar ekstrak/jus pandan (semak petua untuk membuat ini) 
  • 1 sudu besar ekstrak vanila
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 3 putih telur
  • 1/3 sudu teh krim tartar
  • 5g Garam
  • Kepingan kelapa parut (Hiasan) (boleh diabaikan)
  • 1 sudu besar Madu (Ritikan selepas dibakar) (Pilihan)
Peralatan dapur yang diperlukan
  • Perkara A
  • Perkara B
  • Perkara C
Cara penyediaan
1.
Panaskan ketuhar hingga 165c.
2.
Di dalam mangkuk adunan, pukul putih telur bersama krim tartar sehingga gebu dan berkilat. Ketepikan.
3.
Dalam mangkuk lain, pukul kuning telur sehingga warnanya samar.
4.
Gaulkan santan, minyak zaitun, ekstrak vanila dan ekstrak pandan sehingga sebati dengan kuning telur.
5.
Ayak tepung badam, garam dan serbuk penaik. Gaulkan bersama campuran kuning telur.
6.
Gunakan spatula, untuk gaul putih telur perlahan-lahan ke dalam adunan.
7.
Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar dalam ketuhar selama 25 minit atau sehingga berwarna perang keemasan.
8.
Cucuk di bahagian tengah kek. Jika pencucuk keluar bersih, kek telah masak sepenuhnya. Keluarkan loyang dari ketuhar. Ketepikan dan biar sejuk. .
9.
Dengan menggunakan pisau kecil, larikan belakang pisau di tepi loyang. Terbalikan loyang ke atas pinggan dan tepuk bahagian bawah sehingga kek keluar.
10.
(Pilihan) Tuang madu dan tabur sedikit kepingan kelapa kering ke atas kek.
11.
12.
Tip
- Jangan sapu minyak/mentega di permukaan loyang. Adunan kek perlu melekat di dinding loyang untuk dibakar dengan sempurna.
Pastikan tepung diayak sebelum diguna
Buat estrak pandan sendiri dengan mengisar daun pandan dengan air (nisbah 1 kepada 1). Tapis untuk mengasingkan cebisan daun pandan.Sedia diguna!  
Tip berjimat
Mesra Halal
Mesra Kosher
Abbi
Ketua Chef