Vegetarian/Vegan
orang Pakistan
Saag dan Makki Ki Roti
4
1 jam
“Saag” bermaksud sayur-sayuran hijau. Dalam resipi ini, Saag merujuk kepada sayur rebus atau puri sayur. Apa-apa jenis sayur boleh digunakan untuk Saag, tetapi sayur sawi (Sarson) merupakan pilihan utama di Pakistan dan Utara India.
Ramuan

Sarson ka Saag
● 2 cawan air
● 454g daun sayur sawi Sarson (dibuang tangkai keras dan dicincang)
● 227g bayam, dibuang tangkai keras dan dicincang
● 4-5 g lada cili padi hijau, dicincang
● 4-5 ulas bawang putih, ditumbuk
● 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
● 1 1/4 sudu kecil garam
● 1/4 cawan tepung kacang kuda (tepung besan)
● 1 1/2 sudu besar daun halba kering (methi)
Tadka/Tarka
● 1/4 cawan minyak kanola atau sebarang minyak neutral
● 3 sudu besar mentega tidak bergaram/ghee
● 150-170 g bawang merah, dicincang
● 2 sudu besar halia kisar
● 3 sudu besar daun ketumbar, dicincang
Makki ki Roti
● 2 cawan tepung kacang kuda (tepung besan)
● 1⁄2 cawan tepung oat
● air panas kira-kira 1-1.5 cawan atau mengikut keperluan
● 2 sudu kecil mentega tidak bergaram/ghee

Peralatan dapur yang diperlukan
  • Perkara A
  • Perkara B
  • Perkara C
Cara penyediaan
1.
Sarson ka Saag:
2.
Panaskan periuk “non-stick” di atas api sederhana. Masukkan sayur sawi, bayam, cili, bawang putih, kunyit, dan garam bersama 2 cawan air. Tutup dan biar mereneh selama 1 jam.
3.
Kacau saag, dan pastikan bawang putih dihancurkan. Kisar sehingga mencapai kepekatan puri. Pastikan tiada tangkai keras yang tertinggal.
4.
Panaskan campuran saag atas api sederhana tinggi. Masukkan tepung kacang kuda dan masak selama 3-5 minit. Masukkan daun halba kering (methi) dan kacau hingga sebati. Perasakan dengan garam, mengikut cita rasa.
5.
Kecilkan api kepada sederhana rendah. Tambah 1 cawan air panas, dan biarkan mereneh sambil menyediakan tarka/tadka. Jika perlu, tambah lagi 1/2 cawan air untuk mencairkannya.
6.
Tadka/tarka: Panaskan kuali atas api sederhana tinggi. Masukkan minyak, mentega/ghee, dan bawang. Tumis sehingga bawang menjadi keemasan (~6-8 min). Masukkan halia dan tumis selama satu minit lagi. Gaulkan tadka/tarka ini ke dalam saag sehingga sebati. Hiaskan dengan ketumbar dan sedikit mentega. Hidangkan dengan makki ki roti
7.
Makki ki Roti:
8.
Gaulkan tepung kacang kuda dan tepung oat bersama air panas sehingga membentuk doh yang sedikit melekit.
9.
Leperkan sedikit doh bersaiz bola golf sehingga tebalnya lebih kurang 1/4 inci.
10.
Panaskan kuali besi tuang dan masukkan roti. Apabila terdapat bebola udara di permukaan roti dan bahagian bawah roti berwarna keemasan dengan bintik-bintik coklat, terbalikkannya.
11.
Masak selama 1-2 minit. Sapu sedikit mentega di atas roti. Terbalikkan beberapa kali untuk 1-2 minit.
12.
Tip
Selepas memasak Saag, anda boleh tambahkan chilli flakes untuk menjadikannya lebih pedas.
Tip berjimat
Mesra Halal
Mesra Kosher
Abbi
Ketua Chef