Hidangan Utama
Daging
Malaysia
Sambal Daging dengan terung
3
1h
Hidangan yang kerap dinikmati di restoran mamak. Ayam atau daging lembu yang sangat lembut disaluti oleh sambal yang pedas, kaya berperisa dan enak.
Ramuan

Sambal Daging dengan terung

  • 400 gram daging lembu (potong dadu)
  • 2 daun salam
  • Air asam jawa (1 sudu besar asam jawa + 3 sudu besar air)
  • 250ml air
  • 2 sudu besar minyak
  • 1 serai (ditumbuk dan diikat)
  • 3 daun limau purut
  • 50 ml krim/santan pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 80g Kacang Panjang (dipotong jalur 2 inci)
  • 80g Terung (potong jalur 2-inci)
  • garam

Pes rempah

  • 5 bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 35g lengkuas
  • 15g halia
  • 2g biji ketumbar
Peralatan dapur yang diperlukan
  • Perkara A
  • Perkara B
  • Perkara C
Cara penyediaan
1.
Masukkan bawang merah, bawang putih, cili merah besar, halia lengkuas dan biji ketumbar ke dalam pengisar. Kisar selama kira-kira 2 minit pada kelajuan tinggi atau sehingga semuanya licin. Setelah selesai, masukkan pes rempah ke dalam mangkuk dan ketepikan.
2.
Masukkan daging, daun salam, air asam jawa dan air ke dalam periuk. Biar air mendidih lalu perlahankan api dan renehkan selama 20 minit atau sehingga daging menjadi lembut. Pada 3 minit terakhir, masukkan terung dan kacang panjang. Setelah semua bahan siap masak, gunakan penapis/pengayak dan tuskan kesemuanya.
3.
Panaskan minyak atas api besar di dalam kuali dan tumis daging selama 2 - 3 minit lagi. Keluarkan daging dari kuali dan ketepikan
4.
Dalam kuali yang sama, masukkan pes rempah, serai, dan daun limau purut. Masak selama 3 - 5 minit, sehingga naik bau.
5.
Masukkan krim/santan, kicap manis dan garam, dan gaul sebati. Didihkan.
6.
Masukkan daging, terung dan kacang panjang, gaul dan perlahankan api. Biarkan mereneh sehingga kuah memekat (lebih kurang 5 minit). Tutup api dan sedia dihidang
7.
8.
9.
10.
11.
12.
Tip
Pastikan minyak dan kuali betul-betul panas semasa memasak daging untuk mendapatkan rasa yang lebih enak
Tip berjimat
Mesra Halal
Mesra Kosher
Abbi
Ketua Chef