Sajian kecil
Vegetarian/Vegan
orang Pakistan
Samosa Chaat
2
1 jam 20 minit
Samosa Chaat dihasilkan dengan samosa yang dipecahkan dan disalut dengan kuah kacang kuda pedas. Ia sangat lazat!
Ramuan

Untuk Kerak Pastri
● 70gm tepung kacang kuda
● 0.5 sudu teh ajwain (biji karom), (pilihan)
● 1.25 sudu besar minyak atau ghee
● 1/4 sudu teh garam, atau secukup rasa
● 70ml hingga 100ml air, tambah mengikut keperluan
Untuk Inti
● 0.5 sudu teh minyak
● 1⁄8 sudu teh biji jintan manis
● 1⁄2 cili hijau + 1/4 inci halia ditumbuk hingga menjadi pes menggunakan lesung batu
● 65gm kubis bunga
● 40g kacang hijau – pilihan (abaikan jika dalam 12 minggu pertama di Roczen)
● 1/8 sudu teh serbuk cili merah
● 1/8 sudu teh Garam Masala
● 1/8 sudu teh Serbuk Ketumbar
● 1⁄8 sudu teh serbuk mangga kering (amchur), atau tambah secukup rasa
● garam secukup rasa
● 1/2 sudu besar daun ketumbar – dicincang,
Chutney Merah (abaikan jika dalam 12 minggu pertama di Roczen)
● 1⁄2 cawan asam jawa (ditapis)
● 1⁄2 cawan air
● 1 sudu teh serbuk jintan panggang
● 1 sudu teh serbuk ketumbar panggang
● 1 sudu besar serbuk cili merah
● 1⁄2 sudu teh chilli flakes
● 1⁄2 sudu teh garam
● 3 sudu besar tomato cincang
Chole / Cholay
● 1 19 oz tin kacang kuda (dituskan)
● 2.5 cawan air
● 3⁄4-1 sudu teh garam
● 3⁄4 sudu teh serbuk cili merah
● 3⁄4 sudu teh serbuk ketumbar
● 3⁄4 sudu teh serbuk jintan manis
● 1 sudu teh chaat masala
Dahi
● 150 g yogurt
● 1⁄8 cawan air

● 1⁄8 cawan air

Peralatan dapur yang diperlukan
  • Perkara A
  • Perkara B
  • Perkara C
Cara penyediaan
1.
Pastri: Ayak tepung kacang kuda dengan garam dalam mangkuk sehingga tiada gumpalan. Tambah garam secukup rasa dan 1.5 sudu besar minyak/ghee.
2.
Dengan hujung jari, adun tepung sehingga mencapai tekstur serbuk roti. Adunan hendaklah bergumpal apabila sebati dan tidak berpecah bila dibentuk.
3.
Tambah 1⁄3 cawan air. Uli dan tambah lebih banyak air jika perlu. Uli sehingga menjadi doh yang padat. Tutup doh dengan kain/tuala dapur yang dibasahkan dan ketepikan selama 30 hingga 40 minit.
4.
Isi: Kukus atau rebus kubis bunga sehingga empuk. Cincang kubis bunga yang telah sejuk. Anda juga boleh menambah kacang hijau kukus atau rebus.
5.
Tumbuk kasar cili hijau dan halia menggunakan lesung batu. Panaskan 2 sudu kecil minyak dalam kuali kecil. Masukkan biji jintan manis dan tumis hingga pecah minyak.
6.
Masukkan cili hijau dan halia tumbuk ke dalam kuali. Gaul dan masak atas api perlahan. Tambah serbuk cili merah dan serbuk ketumbar. Masukkan kubis bunga. Campurkan serbuk garam masala, serbuk mangga kering dan garam secukup rasa. Sebatikan semua rempah dan perasa dengan kubis bunga. Tutup api dan masukkan hirisan ketumbar.
7.
Menyusun Dan Membentuk: Selepas 30 minit, uli doh dan bahagikan kepada 4 bebola. Leperkan menggunakan kayu penggelek.
8.
Potong doh yang telah dileperkan kepada 2. Anda akan mendapat 2 separa bulatan. Sapukan sedikit air pada tepi hujung lurus satu separa bulatan. Cantumkan dan tindihkan dengan tepi hujung sebelah lagi.
9.
Tekan tepi dengan cermat, supaya ia melekat dan berbentuk kon. Masukkan inti ke dalam kon dan cuit sedikit doh di bahagian tapak kon sehingga tertutup.
10.
Panaskan ketuhar kepada 180c. Susun samosa ke atas loyang. Sapukan setiap samosa dengan sedikit minyak. Bakar selama 30-35 minit, sehingga kerak keemasan dan garing.
11.
Chutney: Campurkan semua bahan dalam periuk kecil, reneh selama 5-6 minit sehingga pekat. Dahi: Pukul yogurt dengan air sejuk. Chole: Campurkan semua bahan kecuali chaat masala dalam periuk kecil, didihkan, reneh sehingga kacang kuda empuk, lebih kurang 10 minit. Tambahkan chaat masala secukup rasa.
12.
Menghidang: Untuk satu hidangan, pecahkan 2 samosa panas. Tuangkan campuran cholay, yogurt dan chutney. Taburkan dengan chaat masala dan sedikit daun ketumbar
Tip
Tip berjimat
Mesra Halal
Mesra Kosher
Abbi
Ketua Chef