Sajian kecil
Makanan laut
cina
Telur kukus dengan minyak bawang putih dan daging cincang ikan masin
2
30 min
Telur kukus merupakan makanan tradisional masyarakat Cina. Setiap keluarga mempunyai cara tersendiri untuk menyediakan telur ini. Kami kongsikan satu cara yang enak untuk menyediakan telur kukus dalam resipi ini!
Ramuan
  • 10g bawang merah (dihiris nipis)
  • 5g bawang putih (ditumbuk)
  • 100g ayam cincang
  • 1 sudu besar minyak ikan masin
  • 1 sudu besar minyak ikan masin
  • ½ sudu besar kicap
  • ½ sudu besar minyak bawang putih (10g bawang putih, 100g minyak)
  • 100g telur
  • 150g air/pati ayam
Peralatan dapur yang diperlukan
  • Perkara A
  • Perkara B
  • Perkara C
Cara penyediaan
1.
Tumis 10g bawang putih dalam 100g minyak atas api sederhana sehingga garing sedikit. Tutup api dan biar rasa bawang putih menyerap ke dalam minyak selama 10 minit. Tapis keluar cebisan bawang putih dan biarkan sejuk
2.
Panaskan 1 sudu besar minyak ikan masin dalam kuali atas api sederhana untuk 15 saat
3.
Tumis bawang merah, bawang putih dan kepingan ikan masin selama 30 saat. Pecahkan ikan masin kepada cebisan kecil dengan spatula.
4.
Masukkan ayam cincang dan masak sehingga ayam telah masak sepenuhnya (5 minit). Pastikan daging ayam tidak melekat dan membentuk ketulan besar. Ketepikan
5.
Pukul telur dengan kuat bersama pati ayam sehingga sebati. Tapis campuran telur ke dalam pinggan/mangkuk besi.
6.
Kukus telur sehingga kenyal. Jika terdapat buih atau lubang di sisi telur, bermakna telur terlebih masak.
7.
Tuang ½ sudu besar kicap dan ½ sudu besar minyak bawang putih ke atas telur kukus. Sudukan ayam cincang ke atas telur. Hidang panas-panas.
8.
9.
10.
11.
12.
Tip
Pinggan atau mangkuk besi lebih sesuai digunakan untuk mengukus telur berbanding seramik supaya telur masak dengan lebih sekata. Minyak hasil mengawet ikan masin yang digunakan dalam resipi ini benar-benar akan menaikkan lagi kelazatan hidangan!
Tip berjimat
Mesra Halal
Mesra Kosher
Abbi
Ketua Chef