Hidangan Utama
Makanan laut
cina
Ikan kukus Kantonis dengan kicap
2
20 min
Ikan kukus yang lazat dan sihat menjadi pilihan semasa makan malam berkeluarga dalam masyarakat Cina Malaysia.
Ramuan
  • 2 fillet ikan siakap - kira-kira 300g
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu besar wain Shao Xing (atau cuka/pilihan lain untuk rasa asidik)
  • 1 sudu kecil wain beras Cina (atau cuka/pilihan lain untuk rasa asidik)
  • 2 tangkai daun bawang – dihiris jalur nipis
  • 1 halia saiz ibu jari - dihiris nipis
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam
  • Daun ketumbar – dihiris
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 cawan air
Peralatan dapur yang diperlukan
  • Perkara A
  • Perkara B
  • Perkara C
Cara penyediaan
1.
Keringkan filet ikan dengan tuala dapur yang bersih
2.
Tambah secubit garam dan wain beras kepada ikan. Ketepikan 5 minit.
3.
Susun beberapa hirisan halia dan daun bawang ke dalam pinggan tahan haba. Letak ikan atas hirisan halia dan daun bawang.
4.
Tetapkan pengukus pada suhu 180 darjah Celsius selama tidak lebih 10 minit. (Jika anda tidak mempunyai pengukus, anda boleh menggunakan kuali - masak sedikit air hingga mendidih dan letakkan rak dawai di atas air mendidih dengan penutup.)
5.
Jika menggunakan kuali, didihkan sedikit air dalam kuali. Masukkan rak dawai ke dalam kuali dengan penutup.
6.
Kukus ikan untuk 8-10 minit.
7.
Pindah ikan ke atas pinggan hidangan.
8.
Dalam kuali kecil, campurkan minyak zaitun, kicap, serbuk pati ayam, wain shao xing, air, garam secukup rasa. Masak dengan api besar untuk 1 minit.
9.
Taburkan baki daun bawang dan halia atas ikan
10.
Tuang sos ke atas isi ikan dan hidang panas-panas.
11.
12.
Tip
Anda boleh menggunakan jenis ikan putih (laut atau sungai) yang lain mengikut cita rasa anda. Contohnya: Ikan kod, halibut, bawal, tilapia, ikan merah, kerapu, ketutu.
Tip berjimat
Mesra Halal
Mesra Kosher
Abbi
Ketua Chef