Hidangan Utama
Makanan laut
cina
Udang kukus halia
2
20+ min
Dalam masakan Cina, teknik mengukus kerap digunakan untuk mengekalkan dan menyerlahkan rasa asli ramuan. Udang merupakan contoh ramuan yang sangat sesuai dimasak dengan kaedah ini!
Ramuan
  • 8 udang bersaiz sederhana
  • 50g wain beras
  • 10g Cuka hitam Penang
  • 15g kicap
  • 10g halia (dihiris nipis)
  • 1 sudu teh minyak bawang putih (100g minyak, 20g bawang putih)
  • 2 sudu besar air
Peralatan dapur yang diperlukan
  • Perkara A
  • Perkara B
  • Perkara C
Cara penyediaan
1.
Gaul wain beras, cuka, kicap, dan halia.
2.
Perap udang selama 30 minit dengan campuran sos tadi.
3.
Kukus udang selama 10 minit
4.
Tumis 20g hirisan bawang putih dengan 100g minyak sehingga bawang putih garing sedikit. Biarkan rasa bawang putih diserap oleh minyak untuk beberapa minit. Tapis cebisan bawang putih daripada minyak.
5.
Asingkan air hasil kukusan udang. Tambahkan air secukup rasa supaya air kukusan tidak terlalu masin.
6.
Tuangkan air kukusan ke atas udang bersama 1 sudu teh minyak bawang putih. Sedia dihidang panas-panas
7.
8.
9.
10.
11.
12.
Tip
Semasa membeli udang, pastikan kepala dan badan udang masih bersambung kuat. Kulit kepala udang dan badan juga harus pejal dan tidak lembut.
Tip berjimat
Abbi
Ketua Chef